Khamis, Disember 10

Busuk. Kau lah. Macam bangkai.


Sedap ke makan daging manusia? Yang makan daging kenyang, yang dimakan dagingnya pun kenyang juga sebab makan hati sendri. Rasa seronok agaknya bila duduk berborak cerita pasal bawah kain orang lain. Aku yang nak kunyah keropok lekor sambil tengok Sehati Berdansa pun tak senang duduk.

Bodoh.

Tak semestinya orang yang kaler-kan kuku warna merah tu bajingan. Tak semua pelacur mencebik bila nampak pengemis kat tepi Petaling Street dan tak semua yang pakai tudung labuh tu tak tikam belakang kawan dia sendiri. Yang pakai ketayap tu pun belum tentu tak tengok filem yang ada perempuan bogel dan yang bertatu di lengan belum tentu akan biar kawan dia kena pijak sampai mati.

Kesedaran sivik macam ni pun tak boleh nak fikir sendiri?

Cuba bubuh gambar jelir lidah sebagai primary picture, berderet lesbian dengan mat rempit ajak tidur sama. Oh mat rempit, maaf. Sampai mati saya kata awak babi. Kalau awak berubah pun, saya tetap kata awak babi. Awak tinggalkan kawan saya lemah longlai lepas seronok awak berlima kenduri dia. Seronok ke? Tak pe. Saya kutip dia. Sebab dia kawan saya. Awak pulak? Awak tak boleh jadi kawan saya, sebab saya tak kawan dengan babi. Penat nak samak.

So, dah tahukan sekarang kenapa aku benci Mat rempit?

Pernah rasa macam manusia paling tak berguna bila tak dapat selamatkan kawan sendiri? Pernah rasa lembiknya lutut bila tengok kawan kau longlai, lemah tubuh badan dari atas sampai bawah depan kau orang?

Pernah?

Kalau tak pernah jangan nak berbual besar je macam tahu semua hal cilaka dunia bila aku satu meja makan dengan kalian. Cafe bising sangat so aku prefer senyap.

Benci. Ada nak bagi clorox? Aku nak sental semua cerita lama. Supaya ringan sikit bahu nak jalan-jalan kat shopping mall.

Rabu, Disember 9

Tak tahu nak update apa sebab semua orang bersopan santun dengan aku sejak-sejak ini. Hoi, aku tak da duit lah. Tak payah bedek.


Kalau ada seekor Iblis cangkung depan pintu, kau agak berdosa tak kalau aku bagi dia minum air nescafe? Ke dapat pahala kalau aku sepak tanduk dia?

Hmm~

Di awal semester masih seronok. Lecturer yang gembira dan bilangan classmate yang aku kenal kecil kuantitinya. Aku suka. Paling suka hari-hari sekelas dengan Cek Kuda. Rajin sikit aku belajar. Takda la fikir McD, Big Apple, Ayam Goreng dan lain-lain sewaktu cikgu sedang mengajar di hadapan (ok tipu, Serious kelas jam 2 petang selalu buat aku lapar. Semua benda nampak macam makanan. Kepala orang depan pun nampak macam air kelapa muda) . Nanti kalau gaduh, mungkin aku sorok kepala bawah meja. Konon protes "I het you.. for a while ". Hoi! Choooooi la!~

Untuk entri di bawah (sebelum entri ini), tercetus atas relevan masalah diri sendiri. Sila jangan nak macam-macam komen tak pakai otak. =)

Dan

Aku nak makan ice cream.
=|
Plisssssssss~

Dan

Terima kasih untuk Papadom dan SEMUA, untuk selama ini. Memang I sayang You la. :)


Sabtu, Disember 5

Kadang-kadang, aku minta aku bukan dengan siapa-siapa.


Bila aku kata aku tak suka sesuatu hal tu, mestilah ada sebab apsal aku tak suka, Pasti ada cerita disebalik kenapa aku tak suka tu, kenapa aku tak suka ni, semua ada cerita yang aku dah lipat baik-baik pastu aku sepak masuk longkang. Kalau nak rasa macam mana perasaan-tak-suka aku tu, sila lah pakai kasut yang aku pakai dari dulu ni. Apa payah sangat ke nak respect pendirian orang? Ke tak nampak aku ni orang? Nampak macam binatang? Fine. Nanti aku kencing sepah-sepah. Baru betul binatang.

"Nuyun,tak baik menganjing orang"
"Habis orang anjing-kan aku, baik ke tu?"

Aku tak duduk diri pijak atas kepala orang lain. Aku sebaik mungkin duduk dalam gua, jangan ada yang perasan aku wujud. Habis, apsal datang tarik anjing suruh jilat aku? Kan dah bilang aku tak suka, bilanya nak belajar hormat apa yang aku tak suka? Lepas aku buka satu-satu cerita yang aku dah lipat, baru kau orang nak sedar, lembiknya bahu aku ni nak tanggung semua?

Kalau memang aku binatang pun, Ignore je. Biar tepi jalan. Tak payah kasi makan. Tak payah belai. Tapi jangan sepak. Sakit. Binatang pun tau sakit.

Betul cakap dia.
"Binatang macam kau, siapa je nak faham"
Memang
Binatang macam aku, siapa je yang nak faham.


Rabu, November 18

Infiniti.


Hujan
Turun rintik-rintik makin lebat
Esok kembali ke sana
Maaf
Kalau mungkin nanti tak pulang semula
Selama ini,
Menyusahkan untuk selamanya
Selama ini,
Mendamaikan cuma untuk seketika
Maaf




Kalau gembira tu air perigi yang sejuk
Saya alirkan ke awak sampai perigi kering
Saya tau bunyi guitar saya bukan air perigi
Saya cuma tahu tanya awak sedang apa
Maaf, saya belum pandai
But plis
Jangan sedih
Awak sedih, saya terluka

Dua minggu pergi
Nanti pasti rindu lagi

Bai





Selasa, November 17

Ya Allah, Engkau pass-kan lah semua paper tuan punya blog ni. Amin




Berusaha gigih. Kalau pass, kertas-kertas ni I buat balut nasi lemak.

Ubat pensil 0.5 dah habis. Tinggal pensil IKEA yang kecil. Dicuri zaman dulu kala. Semoga IKEA halalkan. I nak bawa masuk Exam Hall ni.

Teman sejati di dini hari sehidup semati sayang sangat ni

Orang kertas. Roomate I buat. Comelkan.

Pandang dinding cuci mata
<3






Sabtu, November 14

Ini lah yang aku maksudkan hari tu


Lorong Musik yang aku cerita hari tu.
Nama tempat ni Royale Bintang rupanya


Taken from Hariri Si Rambut Kerinting dah nak afro's Blog.
Tengok lah masterpiece dia pakai Holga.
Nice piece of work.
Tak lama lagi rambut dia tu dah macam Accapan. =D

haha.


**nota kaki: sedang cuba habiskan a cup of hot choco. Dah 2 jam. Tak habis-habis. =/


Exam, plis. Serious shit. Habislah cepat.

Puas baca orang review kat blog masing-masing. Paling longkang rate 4/5. What the..? Panggung wayang, hormat I sikit boleh. I ada dua paper berbaki ok! Cis! Cis! Cis!

Untuk movie ini, ditayangkan di GSC MIDVELLY only

26 November - 2 Disember
Golden Screen Cinema (GSC)
Mid Valley, Kuala Lumpur.
11:15 AM 01:30 PM 04:00 PM 06:30 PM 09:00 PM 11:40 PM

Agak-agak kat Kg. Makam ada ke GSC Midvelly no 2? Ini tidak adil! Sama susah macam nak cari filem Gadoh dulu. Untuk Zahiril Adzim, sorry. I minat You tapi siapa suruh production You memilih panggung wayang. Dah la dua minggu je waktu tayangan. Waktu tu I sibuk jual bunga orang kawen kat kedai Cek Jah ok. Kurang ajar tau You all ni. Nasib I ada boifren yang rajin layan wishlist I. Cek Kuda, plis tulis dalam diari "Cek Kambeng suruh download cerita KARAOKE". Nanti saya belanja aiskrim mesia sirap bandung =) Sedap. 30 sen je kat kampung.

Bai.


**nota kaki : tiba-tiba je ada perasaan tak sabar nak sambut baby baru bulan depan. Mak Su ni kadang-kadang baik hati jugak

Rabu, November 11

Jack Daniel's


Come on lah. Aku tak payah jadi perempuan kelab pun dah boleh tahu berapa harga Jack Daniel's sebotol. Jadi tak payah nak menganjing sangat bila aku kata aku tak pergi kelab. Bangga cerita rambut bau rokok sebab baru lepak dengan pakwe kat kedai snooker. Belum lagi cerita tabik dada sebab seronok berpeluh ketiak lunyai-kan diri menari gila babi kat lantai gig. Perangai macam budak SPM main myspace.

Bingit juga telinga. Aku bukan anak patung. Asyik-asyik kena perli tak da kehidupan sosial. Kalau dunia macam tu yang kau banggakan sangat, aku ludah sikit boleh? Betul. Kau memang hot lah. Boleh pakai baju terbuka belakang sambil jalan-jalan depan Bangla jual karpet. Kau memang hot lah. Rambut kau lurus tegak lepas tu ada kaler hijau sikit. Kau memang IN habis bila kau download semua lagu-lagu yang kau dengar kat gig. Apsal tak beli je EP kat gig? Duit tak cukup? Owh, memang lah. Aku pernah sebilik dengan orang macam kau. Rembat duit aku sebab nak beli Tennessee sebotol. Cilaka kan? Mesti kau tak fikir aku menangis hari tu sebab kesian kat mak aku patah tulang tergeliat urat nak kasi aku makan tapi duit tu kau rembat buat hiburan-gelab kan?

Aku pernah jumpa manusia lagi jahanam dari kau. Diorang tak pernah ajak aku pergi berbogel dengan sabun dan buih-buih waktu majlis hari jadi member kami. Kalau bercerita, selalu nasihat jangan aku terjebak sekali. Sebab diorang tahu apa makna hormat dengan pendirian aku. Kau perempuan Kelantan, English kau best. Ada bunyi-bunyi Kelatan-ish.

Susah.
Mungkin kau tergolong dalam golongan orang-orang yang bakar kerusi kat Bukit Jalil hari tu sebab Kelantan kalah dengan Negeri Sembilan walaupun gol Zakuan tak sehensem gol Indra. Deng!!! Nasib baik aku tak kutuk boifren kau yang nampak macam macha-jual-roti-prata bila pakai tshirt Jack Daniel's tu. (woh. dah terkutuk. Maaf)


"U lepak bilik je ke?"
"Haah"
"Takboring ke? Balik-balik date dengan haziq"
"Ha****e la"(nama cek Kuda di rahsiakan)
"What?"
"Tak, saya kata badan awak cantik. Banyak selulit.Macam kulit buaya"




Aku dah malas lah nak tulis-tulis no kat tajuk entri,sebab dah salah kira. Heh



Baru perasan. 254-->246-->247
Heh. Dah tak pandai kira. Patutlah tadi aku jawab peperiksaan matimatik macam nak kena jangkitan virus lukimia tahap ke 4. Sedihkan? Kesian aku. Sila senyum 3x sebagai tanda anda simpati.

Mekaseh.

247: Impian untuk 15 dan 17 Nov


Aku teringin juga keluar dewan peperiksaan lalu tersenyum sampai ke bulan.
Sial la.

Sejak dua menjak (6-7 bulan ni), tak pernah dah ada entri pasal isu semasa kan? Semua cerita pasal buruk cantik huduh bodoh banggang diri sendiri. Malas lah nak fikir masalah dunia. Dunia tak pernah fikir masalah aku pun. Kalau Dato' Najib kasi aku RM760 sebulan untuk fikirkan apa yang dia kena cakap dengan President Susilo Bambang Yudhoyono malam ni, boleh la.

Oh. Lupa nak cakap.
Saya ada mak.
Mak saya sangat sexy.

Habes.